Identiti lelaki terperangkap dalam lumpur paya bakau dikenal pasti

Mangsa diangkat ke darat untuk dibawa ke Hospital Kemaman bagi mendapatkan rawatan susulan pada pagi Rabu. - Foto Ihsan bomba
Mangsa diangkat ke darat untuk dibawa ke Hospital Kemaman bagi mendapatkan rawatan susulan pada pagi Rabu. - Foto Ihsan bomba
A
A
A

KEMAMAN - Identiti lelaki yang terperangkap dalam lumpur paya bakau sedalam 0.3 meter di Sungai Kemaman, Kampung Enjin Gergaji, di sini pada Rabu sudah dikenal pasti.

Mangsa, seorang warga Myanmar dikenali sebagai Myo Htut Naing, 37, kini tidak sedarkan diri dan sedang dirawat di unit rawatan rapi (ICU) Hospital Kemaman.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Hanyan Ramlan berkata, identiti mangsa disahkan majikannya yang juga seorang pemilik kedai tayar di Pekan Chukai, di sini selepas terlihat gambar yang disebarkan di media sosial untuk mencari waris mangsa.

Hanyan berkata, majikannya mendakwa dia menerima maklumat daripada pekerja-pekerja lain yang mangsa sudah dua hari tidak balik ke rumah pekerja yang disediakan.

"Dia turut mendakwa mangsa dilihat dalam keadaan kemurungan pada hari terakhir sebelum 'hilang'," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Khamis.

Sinar Harian ada melaporkan sepasukan anggota bomba dari BBP Kemaman menyelamatkan seorang lelaki yang terperangkap dalam lumpur paya bakau sedalam 0.3 meter di Sungai Kemaman, Kampung Enjin Gergaji, di sini pada Rabu.

ARTIKEL BERKAITAN: Lelaki ditemui menggigil dalam lumpur paya bakau

Artikel Berkaitan: