X

Kindly register in order to view this article
!

Peniaga bazar di Terengganu dikompaun RM5,450

Bazar Ramadan dataran drawbridge, Kuala Terengganu. Gambar kecil: Dr Nor Azimi
A
A

KUALA TERENGGANU - Peniaga bazar Ramadan di negeri ini dikompaun sebanyak RM5,450 atas pelbagai kesalahan bawah Seksyen 32B Akta Makanan 1983 kerana melanggar Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009 (PPKM).

Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri, Dr Nor Azimi Yunus berkata, jumlah kompaun tersebut adalah daripada 52 notis dikeluarkan hasil pemeriksaan dijalankan terhadap bazar Ramadan di seluruh negeri.

"Daripada 52 notis tersebut, 31 notis kerana kesalahan tidak memakai apron, peniaga atau pekerja tidak mengikuti kursus pengendalian makanan (11), kebersihan diri yang tidak memuaskan (8) dan lain-lain kesalahan (2).

"Notis tertinggi dikeluarkan melibatkan daerah Besut sebanyak 14, diikuti Marang (12), Setiu (9), Kuala Nerus (7), Kuala Terengganu (3), Dungun (3), Kemaman (3) dan satu notis di Hulu Terengganu," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Khamis.

Dr Nor Azimi berkata, selain pemantauan kebersihan, operasi dijalankan juga bertujuan mencegah berlaku penyakit bawaan makanan seperti keracunan makanan, kolera dan kepialu.

Menurutnya, pihaknya akan terus menjalankan pemantauan sehingga akhir Ramadan bagi tujuan pencegahan penyakit.

Katanya, sampel makanan yang dijual turut diambil secara rawak bagi memastikan keselamatan makanan yang dijual.

"Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan supaya memilih gerai jualan yang bersih dan makanan yang bertutup.

"Selain itu, gunakan kaedah hidu dan rasa sebelum makan juadah yang dibeli supaya ia tidak memudaratkan kesihatan," katanya.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!