Masjid MTNP ditutup kepada orang ramai

Masjid MTNP di tutup kepada orang ramai bermula Rabu.
Masjid MTNP di tutup kepada orang ramai bermula Rabu.
A
A
A

KUANTAN - Maahad Tahfiz Negeri Pahang (MTNP) mengesahkan masjid di kawasan institusi pendidikan Islam itu ditutup kepada orang ramai bermula pada Rabu.

Ketua Pegawai Eksekutif MTNP, Mohd Khalil Mohd Zari berkata, keputusan itu dibuat sebagai langkah pencegahan supaya pelajar MTNP tidak dijangkiti Covid-19.

"Semua aktiviti di masjid seperti solat Jumaat, solat Terawih dan solat-solat Fardu di Masjid MTNP tidak dibuka kepada orang awam kecuali kakitangan dan pegawai Yayasan Pahang sahaja dibenarkan.

"Kita berharap kerjasama ini dapat diberikan oleh semua pihak," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Khamis.

Awal pagi Khamis tular mengenai makluman mengenai penutupan masjid MTNP kepada orang awam.

Dalam pada itu, Mohd Khalil juga berharap semua kakitangan dan pegawai Yayasan Pahang dapat mematuhi garis panduan yang ditetapkan ketika berada di masjid bagi mengelak penularan wabak Covid-19 di kawasan sekitar.

Artikel Berkaitan: