Terengganu larang budak bawah 12 tahun masuk bazar Ramadan

PBT disaran membuat sistem nombor giliran bagi mengurangkan kesesakan pengunjung dalam satu-satu masa di kawasan bazar. - Foto Bernama
PBT disaran membuat sistem nombor giliran bagi mengurangkan kesesakan pengunjung dalam satu-satu masa di kawasan bazar. - Foto Bernama
A
A
A

KUALA TERENGGANU - Kanak-kanak di bawah usia 12 tahun tidak dibenarkan mengunjungi bazar Ramadan bagi memastikan tahap pematuhan SOP yang tinggi sekali gus mengelak penularan Covid-19.

Exco Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Dr Alias Razak berkata, perkara itu diputuskan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Keselamatan Negeri Khas (Pengurusan Darurat dan Pendemik) Negeri Terengganu (JKKKN) pada Selasa.

"Mesyuarat berkenaan bersetuju untuk tidak membenarkan kanak-kanak di bawah usia 12 tahun ke bawah mengunjungi bazar Ramadan.

"Selain itu, pihak berkuasa tempatan (PBT) disarankan membuat sistem nombor giliran bagi mengurangkan kesesakan pengunjung dalam satu-satu masa di kawasan bazar," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Khamis.

Dr Alias Razak
Dr Alias Razak

Beliau berkata, PBT juga diminta untuk membuat hebahan SOP di kawasan masing-masing bagi memastikan maklumat sampai kepada rakyat.

Dalam pada itu, Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu menerusi laman Facebooknya pada Rabu memaklumkan terdapat pertambahan 32 kes discaj dan satu kes baharu Covid-19 menjadikan terdapat 133 kes Covid-19 aktif di negeri itu dengan jumlah keseluruhan sebanyak 3,919 kes.

Katanya, kesemua 133 kes aktif berada dalam keadaan stabil dan diberikan rawatan biasa.

Artikel Berkaitan: