Rusuhan kuil: Pasukan khas kuil akan fail rayuan

Regu (dua, kanan) ketika bertemu dengan pengikut kuil tadi.
A
A

SHAH ALAM - Pasukan khas kuil Sri Maha Mariamman memfailkan rayuan terhadap keputusan mahkamah yang menolok permohonan pengambilalihan tapak kuil.

Setiausahanya, VK Regu berkata, pihaknya akan memfailkan permohonan itu petang ini.

"Hari ini (petang) hantar. Ini adalah untuk keadilan... menegakkan keadilan," katanya ringkas selepas pendengaran kes itu di sini.

Terdahulu, Hakim Mahkamah Tinggi, M Gunalan memutuskan permohonan tiga penganut Hindu tiada locus standi.

[ARTIKEL BERKAITAN: Tiada locus standi, gagal tangguh pengambilalihan kuil]