Bukit Bintang Girls School sentiasa dalam kenangan

Kawasan sekolah berkeluasan 7.9 hektar yang terletak di Jalan Bukit Bintang itu dirobohkan untuk membina Pavilion KL sebagai salah sebuah lokasi komersial baharu di Kuala Lumpur.
Kawasan sekolah berkeluasan 7.9 hektar yang terletak di Jalan Bukit Bintang itu dirobohkan untuk membina Pavilion KL sebagai salah sebuah lokasi komersial baharu di Kuala Lumpur.
A
A
A

MALAM tadi paling susah Merak Jalanan nak lelapkan mata. Agaknya kepedasan sambal ikan pari bakar yang menjadi juadah berbuka puasa membuatkan Merak Jalanan gelisah.

Ketika berusaha melelapkan mata, sambil tangan menelusuri paparan pelbagai komen di Twitter, Merak Jalanan tertarik dengan satu ciapan:

“Nenek saya sehingga hari ini tidak mahu jejak kaki ke Pavillion Kuala Lumpur. Beliau pernah mengajar di BBGS (Bukit Bintang Girls School)."



Terasa ciapan anak muda itu agak lucu, namun Merak Jalanan terus membaca ciapan demi ciapan. Rupanya ramai netizen pernah belajar di sekolah itu yang ditubuhkan pada 1893 tetapi secara rasmi ditutup pada 2000. Kebanyakan mereka berkongsi kerinduan ketika zaman persekolahan.

Pada tahun 2000, BBGS telah menukar namanya kepada Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Bintang Utara (SBU) selepas berpindah ke Taman Shamelin Perkasa, Cheras dan menjadi salah sebuah sekolah pintar di Malaysia.

Kawasan sekolah berkeluasan 7.9 hektar yang terletak di Jalan Bukit Bintang itu dirobohkan untuk membina Pavilion KL sebagai salah sebuah lokasi komersial baharu di Kuala Lumpur.

Mengimbau sejarah negara, institusi pendidikan ini dibina orang Eropah dan sesuai dengan peredaran masa, silibus pendidikan juga diselaraskan. Terdapat beberapa institusi pendidikan tersohor lain seperti Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK), Sultan Idris Training College (SITC), St. Johns Institution, Victoria Institution, Convent School Bukit Nanas dan tidak ketinggalan BBGS.

Institusi ini tetap bersama kita sebagai peringatan bahawa pertemuan dengan Barat tidak selalu menjadi perkara negatif dengan terbinanya kolej dan institusi seumpama itu.

Artikel Berkaitan:

Semoga ia menjadi kenangan manis. Tidak kira bersekolah di mana, generasi muda akan datang dapat menjadi pelajar berilmu, berakhlak dan beramal.