Peng Soon, Liu Ying hela nafas lega

Peng Soon-Liu Ying menyifatkan penangguhan Terbuka India 2021 satu kelegaan buat mereka.
Peng Soon-Liu Ying menyifatkan penangguhan Terbuka India 2021 satu kelegaan buat mereka.
A
A
A

PASANGAN badminton beregu campuran Chan Peng Soon-Goh Liu Ying, menganggap penangguhan Terbuka India 2021 yang pada asalnya dijadualkan pada 11 hingga 16 Mei merupakan satu kelegaan bagi mereka.

Liu Ying berpandangan yang penangguhan kejohanan itu yang menawarkan mata kelayakan penting ke Olimpik Tokyo 2020 itu, tepat pada masanya dan apa yang lebih penting ialah memastikan kesihatan pemain menjadi keutamaan berikutan peningkatan mendadak kes Covid-19 di New Delhi di mana acara itu akan berlangsung.

Pemain berusia 31 tahun itu berkata, beliau dan pasangannya Peng Soon akan menggunakan masa terluang itu untuk mendapatkan rentak mereka semula, selepas prestasi yang baik sejak awal tahun ini, namun alami kekecewaan pada separuh akhir Kejohanan Seluruh England 2021.

Pasangan bukan pilihan dari Jepun Yuki Kaneko-Misaki Matsutomo mengejutkan pasangan pilihan ketiga kejohanan Peng Soon-Lui Ying dan memusnahkan harapan mereka untuk layak ke akhir di Birmingham dengan kemenangan 21-14, 22-20.

“Saya secara peribadinya merasakan yang penangguhan itu satu berita baik, kerana kami berpeluang untuk berlatih dengan lebih kuat dan mencari rentak semua sebelum bersedia untuk kejohanan selanjutnya iaitu Terbuka Malaysia minggu hadapan dan Terbuka Singapura 2021 pada Jun.

“Kami teruja untuk mengambil bahagian di Terbuka Malaysia kerana kami dengar pemain terbaik dari seluruh dunia akan sertainya dan ia akan menjadi kejohanan terbaik untuk mendapatkan mata kelayakan ke Olimpik Tokyo,” katanya dalam temu bual eksklusif di sini pada Selasa.

Terbuka Malaysia dijadualkan berlangsung dari 25 hingga 30 Mei manakala Terbuka Singapura 2021 pada 1 hingga 6 Jun.

Sementara itu, Peng Soon berkata, mereka bercadang untuk lebih fokus untuk mengatasi keletihan yang menyebabkan mereka beraksi dengan buruk pada penyertaan sebelum ini, dengan mempertingkatkan lagi tahap kecergasan mereka dalam latihan.

Artikel Berkaitan:

Pemain berasal dari Pulau Pinang berusia 32 tahun itu percaya mereka boleh mengelakkan daripada memberikan mata mudah kepada lawan, jika mereka dapat meningkatkan tahap kecergasan mereka.

Pada masa yang saya, Lui Ying mengakui yang beliau rasa tidak selesa dan pening pada tiga hari pertama selepas menerima suntikan pertama vaksin COVID-19 menerusi Program Imuninasi Covid-19 Kebangsaan minggu lepas, manakala Peng Soon berkata, vaksin itu tidak memberikan sebarang kesan terhadap tubuhnya.

Pemenang pingat perak Rio 2016 itu berharap yang mereka juga akan dapat menghadapi suntikan kedua, kerana mereka dengan yang kesannya lebih kuat daripada yang pertama, yang dijangka akan diterima dalam tempoh tiga minggu dari sekarang.