X

Kindly register in order to view this article
!

Lelaki cuba seludup mercun dicekup PGA

PGA Batalion 7 Kuantan merampas pelbagai jenis mercun bernilai RM3,175 selepas menahan seorang lelaki di Kampung Kubang Kuau, Rantau Panjang pada Selasa.
A
A

RANTAU PANJANG - Pasukan Gerakan Am (PGA) merampas pelbagai jenis mercun bernilai RM3,175 selepas menahan seorang lelaki di Kampung Kubang Kuau, di sini pada Selasa.

Lelaki berusia 26 tahun ditahan ketika sedang memandu sebuah kereta Proton Wira dalam keadaan mencurigakan di kawasan tersebut.

Pegawai Pemerintah PGA Batalion 7 Kuantan, Superintendan Azhari Nusi berkata, semasa melakukan rondaan rutin sekitar jam 3 petang anggota pasukan itu telah terserempak dengan kereta tersebut.

"Kita terus menahan kereta itu dan pemeriksaan lanjut membawa kepada penemuan pelbagai jenis mercun dipercayai untuk musim perayaan.

"Siasatan awal mendapati, kesemua mercun tersebut diseludup menerusi pangkalan haram yang terdapat di sepanjang Sungai Golok di sempadan Malaysia-Thailand di negeri ini," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Pakaian yang dirampas oleh PGA Batalion 7 Kuantan berhampiran pangkalan haram Abe Yie.
Pakaian yang dirampas oleh PGA Batalion 7 Kuantan berhampiran pangkalan haram Abe Yie.

Menurutnya, kes disiasat bawah Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957.

Dalam perkembangan lain, Azhari berkata, pihaknya merampas pakaian dan barangan kosmetik berjumlah RM86,690 pada awal pagi Rabu.

Katanya, kesemua barangan itu dibawa masuk secara tidak sah berhampiran pangkalan haram.

"Selain itu, kita turut merampas sarung stereng kereta bernilai RM34,200 di pangkalan Epek, Kampung Lubok Gong pada jam 3.08 pagi, Rabu," katanya.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!