X

Kindly register in order to view this article
!

Vaksin elak simptom teruk jika masih dijangkiti

1039464 (1)
A
A

KUALA LUMPUR - Mereka yang telah menerima suntikan vaksin Covid-19 masih boleh dijangkiti dengan penyakit berbahaya itu, namun kemungkinan untuk mereka mendapat jangkitan yang teruk versi penyakit berkenaan telah dikurangkan dengan ketara selepas menerima suntikan.

Pengarah Perubatan Persatuan Kanser Kebangsaan Malaysia Dr M Muralitharan berkata, oleh yang demikian, suntikan vaksin sudah semestinya lebih efektif dalam mengekang jangkitan, terutama bagi golongan berisiko tinggi.

“Kadar jangkitan mulai berkurangan (selepas suntikan), jadi risiko dijangkiti turun dengan ketara,” katanya dalam program Midday Update terbitan Bernama TV, Isnin.

Dr Muralitharan merupakan antara anggota INFOVAX, komuniti siri pendidikan dan kesedaran berhubung vaksin Covid-19 yang dilaksanakan Malaysian Medical Association Public Health Society (MMA PHS).

Beliau berkata, risiko bagi mereka yang telah disuntik dengan vaksin untuk dijangkiti dengan penyakit itu adalah amat rendah, namun untuk menjangka mereka tidak akan dijangkiti lagi dengan Covid-19 selepas suntikan, ia adalah anggapan yang salah.

Berhubung vaksin, beliau turut menolak kebimbangan mengenai keberkesanan vaksin Sinovac susulan pelbagai maklumat yang tidak tepat yang tersebar, dan menurutnya vaksin itu selamat.

Dr Muralitharan berkata, vaksin itu diluluskan berdasarkan kepada data diterbitkan yang menunjukkan bahawa ia selamat serta berkesan dalam menurunkan jangkitan Covid-19 dan data penemuan di seluruh dunia amat jelas mengenai perkara itu. - Bernama


Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!