Jabatan Meteorologi keluar nasihat taufan surigae

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

KUALA LUMPUR - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan nasihat taufan (surigae) yang berada di kedudukan 1,401 kilometer (km) ke timur laut Sandakan, Sabah.

Dalam kenyataan pada Selasa, MetMalaysia memaklumkan kedudukan taufan itu kira-kira 522 kilometer (km) ke tenggara Luzon, Filipina.

Jabatan itu turut memaklumkan berdasarkan pencerapan pada jam 11 pagi, angin taufan tersebut bergerak ke arah utara barat laut dengan kelajuan 6km sejam (km/j), manakala kelajuan angin boleh mencapai maksimum 176km/j.

MetMalaysia bagaimanapun memaklumkan taufan itu tidak memberikan kesan signifikan terhadap Malaysia. - Bernama

Artikel Berkaitan: