Solskjaer gembira saksi aksi Greenwood

Aksi cemerlang Greenwood (kanan) ketika membantu kemenangan 3-1 Manchester United ke atas Burnley di Old Trafford pada Ahad menggembirakan Solskjaer.
Aksi cemerlang Greenwood (kanan) ketika membantu kemenangan 3-1 Manchester United ke atas Burnley di Old Trafford pada Ahad menggembirakan Solskjaer.
A
A
A

AKSI cemerlang pemain muda, Mason Greenwood ketika membantu kemenangan 3-1 Manchester United ke atas Burnley di Old Trafford pada Ahad, nyata menggembirakan pengendali United, Ole Gunnar Solskjaer.

Menurut Solskjaer, aksi cemerlang pemain berusia 19 tahun itu turut memberikan impak tersendiri buat skuad The Red Devils pada perlawanan berkenaan.

“Saya sungguh gembira dengan aksi Greenwood pada perlawanan ini. Dia bukan sahaja menjaringkan gol tetapi turut membantu (assists) kepada rakan-rakan sepasukannya.

“Selain itu dia juga bergerak bebas ke seluruh padang dan ia sesuatu yang menarik untuk disaksikan.

“Diharapkan kecemerlangannya itu berterusan dan United akan mencatatkan lebih banyak kemenangan selepas ini,” katanya.

Pada perlawanan berkenaan Greenwood membuka jaringan pada minit ke-48, sebelum pemain Burnley, James Tarkowski menjaringkan gol penyamaan pada minit ke-50.

Greenwood sekali lagi berjaya membolosi pintu gol Burnley pada minit ke-84 sebelum Endison Cavani menjaringkan gol ketiga yang gol kemenangan pasukan pada masa kecederaan.

Kemenangan berkenaan mengukuhkan kedudukan United pada tangga kedua Liga Perdana Inggeris (EPL) dengan 66 mata.

Artikel Berkaitan:

Sementara itu, Solskjaer menyifatkan Greenwood sebagai seorang pemain yang telah mencapai kematangan dalam permainannya dan berkemungkinan bakal menyaksikan dia akan diturunkan lebih kerap selepas ini.

“Dia semakin matang dan menunjukkan peningkatan dalam permainannya dari semasa ke semasa.

“Musim lalu, dia masih terlalu muda dan kini setelah bersama kami selama hampir dua musim, dia kelihatan semakin matang,” katanya.