X

Kindly register in order to view this article
!

Luah perasaan, peminat beri sokongan pada Sharnaaz

Sharnaaz Ahmad
A
A

PELAKON berbakat besar, Sharnaaz Ahmad secara halus seolah-olah memberitahu semangat dan jiwanya kini hilang.

Menerusi akaun Instagram pada bahagian kapsyen gambar, Sharnaaz, 34, dia berharap jiwanya itu akan kembali pulih.

"Saja nak beritahu, mana pergi mamat (merujuk pada dirinya) dalam gambar ni, tak tahu, hilang mana dah semangat dia, jiwa dia... Garang dia.. Watak dan perwatakan..

"Walaupun menjelikkan dan menjengkelkan perangai mamat ini, tapi manis dan asam asam boi dia tetap ada.. Semoga kembali wahai sahabat jiwa," tulisnya pada gambar yang memperlihatkan Sharnaaz memandang pada suatu tempat.

Sharnaaz Ahmad
Sharnaaz Ahmad

Rata-rata peminat memberi kata-kata semangat buat anak jati Pulau Pinang ini.

Masalah rumah tangga Sharnaaz dan isterinya, Noor Nabila yang juga kakak kepada Neelofa, mula dihidu awal tahun ini selepas kedua-duanya tidak lagi memuat naik gambar masing-masing di laman sosial.

Bagaimanapun Sharnaaz memberitahu, dia tidak dapat bersama isteri dan anak lelaki mereka, Jebat Jayden Ahmad kerana penggambaran di luar.

Sehingga kini kedua-duanya tidak memberi apa-apa kenyataan mengenai rumah tangga mereka.

Bagaimanapun dalam kemas kini terbaharu di Insta Stories miliknya, Sharnaaz ada membidas individu yang suka memberi nasihat negatif pada orang lain.

Malah Sharnaaz juga turut menulis bahawa proses membina sebuah bangunan itu sukar, bagaimanapun mengambil masa yang singkat untuk dirobohkan.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!