Pelantikan Guan Dee satu pengiktirafan kepada STAR: Jeffrey

Jeffrey mengucapkan tahniah kepada Guan Dee atas pelantikan beliau sebagai Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya pada Jumaat.
Jeffrey mengucapkan tahniah kepada Guan Dee atas pelantikan beliau sebagai Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya pada Jumaat.
A
A
A
KOTA KINABALU - Pelantikan Setiausaha Agung Parti Solidariti Tanah Airku (STAR), Senator Datuk Guan Dee Koh Hoi sebagai Timbalan Menteri Persekutuan disifatkan sebagai pengiktirafan kepada parti itu.

Presiden STAR, Datuk Seri Dr Jeffrey Kitingan berkata, beliau yakin pelantikan itu akan memberi manfaat kepada Sabah terutama dalam industri pelancongan.

"Saya gembira kerana Guan Dee dapat meneruskan tugas yang saya mulakan ketika memegang portfolio itu tahun lalu.

"Walaupun masa saya di kementerian singkat, saya komited dengan peranan saya. Saya meninggalkan kementerian dengan berat hati kerana merasakan sudah menjadi sebahagian daripada kementerian ini, tetapi saya lega kerana seseorang yang berkongsi cita-cita saya, telah menggantikan saya," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Jeffrey dalam pada itu, yakin bahawa Guan Dee dapat melaksanakan tugasnya dengan lebih baik.

"Beliau sudah mengenali kementerian ini kerana sering bersama saya ketika saya memegang jawatan itu. Oleh itu, beliau sedar akan tuntutan dan tanggungjawab kementerian ini.

"Seperti yang kita tahu, industri pelancongan sangat penting untuk ekonomi Sabah dan dengan adanya beliau yang bertanggungjawab di kementerian ini, pemain industri mempunyai rakan yang memahami situasi Sabah dengan lebih baik," katanya.

Jeffrey yang memegang jawatan sebagai Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya sejak Mac tahun lalu telah meletakkan jawatannya selepas dilantik sebagai Timbalan Ketua Menteri Sabah.

Guan Dee mengangkat sumpah jawatan itu di hadapan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada Istiadat Pengurniaan Surat Cara Pelantikan dan Sumpah Simpan Rahsia di Singgahsana Kecil, Istana Negara di Kuala Lumpur.
Artikel Berkaitan:


Tamat