X

Kindly register in order to view this article
!

Rhinos congak barisan terbaik berdepan Lions

Kurniawan masih mencongak barisan pemain terbaik bagi berdepan UiTM FC di Likas pada Sabtu ini. - Foto Sabah Football Club
A
A

KETUA Jurulatih Sabah FC, Kurniawan Dwi Yulianto masih mencongak barisan pemain yang sesuai bakal diturunkan bagi memastikan tiga mata penuh dalam genggaman menjelang pertemuan dengan UiTM FC di laman sendiri pada Sabtu ini.

Menurut Kurniawan, beliau perlu memilih pemain yang dapat mengimbangi corak permainan pasukan lawan kerana berdasarkan analisis terhadap aksi UiTM FC sebelum ini, pasukan tersebut bukan mudah untuk ditewaskan, malah Sabah FC memerlukan perancangan rapi untuk menembusi kubu pasukan lawan itu.

“Pada perlawanan itu, UiTM FC mungkin lebih defensif tetapi pada masa sama semua pemain akan cuba merancang bagaimana untuk memecahkan benteng pertahanan UiTM untuk menjaringkan gol.

"Kita berharap semua pemain bekerja keras termasuk lebih bersabar sekali gus dapat mencipta kemenangan nanti," katanya dalam kenyataan di sini pada Khamis.

Sabah FC kini berada di tangga ke-10 Liga Super dengan enam mata, manakala UiTM FC di kedudukan terakhir dengan hanya mengutip satu mata.

Mengulas mengenai barisan kesebelasan utama skuad The Rhinos itu nanti, Kurniawan berkata, beliau akan menggunakan tempoh dua hari ini bagi memilih pemain yang sesuai.

Beliau berkata, Sabah FC tidak akan sesekali memandang mudah cabaran bakal diberikan The Lions dalam perlawanan di Stadium Likas itu.

“Kita tekankan di sini, tidak ada jaminan pemain dalam kesebelasan utama. Siapa pun yang siap (menunjukkan prestasi yang baik) dalam latihan dan memberikan kemampuan mereka 100 peratus dalam latihan mereka yang akan bermain,” katanya.

JADUAL LIGA SUPER

JUMAAT

Sri Pahang FC lwn JDT

(Std Darul Makmur, 10 mlm)

Terengganu FC lwn KL City FC

(Std Sultan Mizan Zainal Abidin, 10 mlm)

SABTU

Sabah FC lwn UiTM FC

(Std Likas, 10 mlm)

Perak FC lwn Kedah Darul Aman FC

(Std Perak, 10 mlm)

AHAD

Melaka Utd FC lwn Selangor FC

(Std Hang Jebat, 10 mlm)

PJ City FC lwn Penang FC

(Std Petaling Jaya, 10 mlm)

*Hari, masa, venue tertakluk pindaan


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!