X

Kindly register in order to view this article
!

DBKL puas hati proses agihan makanan kepada gelandangan

DBKL memastikan agihan makanan kepada gelandangan di Kuala Lumpur mengikut SOP ditetapkan. - Foto Ihsan FB DBKL
A
A

KUALA LUMPUR - Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) berpuas hati dengan proses pengagihan makanan yang disampaikan oleh badan bukan kerajaan (NGO) dan individu kepada gelandangan sekitar bandar raya ini.

Menerusi kemaskini di Facebook pada Rabu, DBKL memaklumkan pihak berkuasa tempatan (PBT) itu sekali lagi memberi peringatan kepada pihak yang ingin memberi sumbangan makanan kepada gelandangan supaya memanfaatkan pusat agihan yang disediakan.

Katanya, sumbangan boleh dibuat menerusi tiga pusat agihan iaitu Pusat Khidmat Gelandangan Medan Tuanku, Pusat Transit Gelandangan, Jalan Pahang dan Pusat Pembelajaran Komuniti, Chow Kit.

"Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Mahadi Che Ngah yang meninjau keadaan itu berpuas hati dengan proses pengagihan makanan itu.

"Makanan sumbangan NGO ini diagihkan kepada golongan gelandangan dan memerlukan dengan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) dan keadaan yang teratur," katanya menerusi kemaskini di Facebook DBKL pada Rabu.

DBKL sebelum ini melarang NGO atau individu mengagihkan sumbangan makanan kepada gelandangan secara terus di sekitar pusat bandar raya sepanjang Ramadan.

Melalui kenyataan pada Jumaat DBKL memaklumkan kawal selia itu dilaksanakan bagi mengelak berlaku pembaziran dan kekotoran selain mengekang penularan wabak Covid-19.

Dalam pada itu, orang ramai yang ingin menyumbang perlu menghubungi talian 03-2617 6321 bagi tujuan penjadualan agihan dan mereka yang gagal mematuhi arahan boleh dikenakan tindakan penguatkuasaan.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!