Bukan sahaja buku, tapi...

Pengunjung leka memilih bahan bacaan yang dijual di Jualan Gudang Awal Tahun 2019 di Kompleks Kumpulan Media Karangkraf, di sini.
Pengunjung leka memilih bahan bacaan yang dijual di Jualan Gudang Awal Tahun 2019 di Kompleks Kumpulan Media Karangkraf, di sini.
A
A
A

SHAH ALAM - Bukan hanya boleh membeli bahan bacaan dengan harga yang murah, namun pengunjung Jualan Gudang Awal Tahun 2019 di Kompleks Kumpulan Media Karangkraf, di sini, berpeluang mendapatkan baucar menarik.

Penolong Pengurus Besar Jualan Kumpulan Buku Karangkraf, Roziyana Omar berkata, antara yang ditawarkan adalah baucar membaiki penghawa dingin kereta dan Kentucky Fried Chicken (KFC).

“Setiap pembelian berjumlah RM200 ke atas akan mendapat baucar bernilai RM150 untuk membaiki penghawa dingin kereta, manakala pembelian RM50 ke atas akan mendapat baucar KFC bernilai RM10.

ARTIKEL BERKAITAN: Borong buku harga RM1 di Karnival Karangkraf

“Sepanjang hari ini juga pengunjung berpeluang untuk beramah mesra dengan novelis seperti Murni Aqila, Damya Hanna dan ramai lagi,” katanya.

Menurutnya, mana-mana pengunjung yang mahu bertemu mata dengan novelis idaman dan mahu mendapatkan novel terbaharu mereka berserta tanda tangan bolehlah berkunjung ke Jualan Gudang Awal Tahun 2019 Karangkraf.

Sementara itu, Roziyana memberitahu, kehadiran pengunjung pada hari ini adalah lebih ramai berbanding semalam.

Katanya, bahan bacaan seperti novel yang dijual dengan harga serendah RM1 paling mendapat sambutan.

Artikel Berkaitan: