X

Kindly register in order to view this article
!

Pas belum sedia terima Amanah

Mohd Amar
A
A

KOTA BHARU - Pas menegaskan belum bersedia menjalinkan kerjasama politik dengan Parti Amanah Negara (Amanah).

Naib Presiden Pas, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, perbezaan fahaman menjadi punca parti itu tidak boleh menjalin kerjasama dengan Amanah.

"Setakat ini kita tidak boleh terima sebab cara dan pendekatan Amanah berbeza dengan Pas.

"Hari ini, Pas masih belum menemui titik persamaan antara Pas dan Amanah," katanya ketika diminta mengulas mengenai kerjasama antara kedua-dua parti pada masa hadapan.

Beliau sebelum itu merasmikan Majlis Makan Malam dan Dialog Profesional Anak Kelantan di Kota Bharu pada Sabtu.

Dalam perkembangan lain, Mohd Amar berkata, rundingan antara Amanah Kelantan dengan veteran UMNO, Tengku Razaleigh Hamzah disifatkan sebagai pertemuan individu bukan membabitkan parti.

Beliau berkata, Amanah berhak melakukan rundingan dengan mana-mana pihak selari dengan konsep demokrasi yang diamalkan di negara ini.

"Rundingan itu bukan ancaman buat Pas," katanya.


Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!