West Ham memburu impian

West Ham berada dalam prestasi terbaik sejak kehadiran Jesse Lingard.
West Ham berada dalam prestasi terbaik sejak kehadiran Jesse Lingard.
A
A
A

WEST Ham United terus menyalakan impian untuk menempatkan diri dalam kelompok empat teratas Liga Perdana Inggeris (EPL) menjelang pertemuan menentang Leicester City di Stadium London pada Ahad.

Pengurus West Ham, David Moyes berkata, skuad kendaliannya tidak harus mensia-siakan peluang yang ada di depan mata mereka bagi merebut slot automatik ke saingan Liga Juara-Juara musim depan.

"Beberapa kelab besar mula resah memandangkan kami sudah mampu memecahkan kelompok mereka. Kami menempuhi musim yang sangat baik setakat ini.

"Kami akan berusaha mempertahankan kedudukan ini sehingga penghujung musim. Kami juga yakin bahawa peluang kami sudah terbentang luas, jadi mengapa tidak kami berusaha mempertahankan kedudukan ini.

"Saya rasa kebanyakan orang tidak menjangkakan kami akan memenagi slot Liga Juara-Juara. Saya harap kami dapat melakukan sesuatu yang sangat mirip dengan apa yang dilakukan Leicester ketika mereka menjuara liga," katanya.

Selepas mengharungi 30 perlawanan, West Ham kini berada di tangga keempat apabila mengumpul 52 mata - ketinggalan empat mata di belakang Leicester yang menduduki tangga ketiga.

"Bola sepak Eropah bukan sesuatu yang baharu bagi kelab ini. Ia akan menjadi satu kebanggaan jika kami berjaya beraksi dalam Liga Juara-Juara musim depan dengan meraih slot automatik.

"Musim lalu, kami harus memenangi perlawanan untuk terus kekal bersaing dalam EPL. Tetapi musim ini situasi itu jelas berbeza kerana kami akan bersaing untuk memburu tiket beraksi di pentas Eropah," ujarnya.

Artikel Berkaitan: