Kerangka runtuh: MPSP arah henti kerja serta merta

Anggota bomba melakukan pemeriksaan dikawasan runtuhan.
Anggota bomba melakukan pemeriksaan dikawasan runtuhan.
A
A
A

BUKIT MERTAJAM - Susulan kejadian runtuhan kerangka bangunan yang dalam proses pembinaan di Lorong Perusahaan Maju 8, Perai di sini petang, semalam Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) mengeluarkan notis memberhentikan kerja serta merta di tapak berkenaan.

Yang Dipertua MPSP, Datuk Sr Rozali berkata, notis berkenaan dikeluarkan selaras dengan Seksyen 70(9)(b), Akta Jalan Parit dan Bangunan 1974 kepada jurutera bertauliah yang bertanggungjawab dalam projek pembangunan berkenaan.

"Pihak bertanggungjawab perlu segera mengemukakan surat berkenaan struktur bangunan runtuh serta mengemukakan tindakan pemulihan yang diambil.

"MPSP juga akan memantau keadaan tapak, meminta maklum balas pihak bertanggungjawab untuk tindakan pembetulan kesalahan untuk membuat laporan lengkap menerusi kerjasama Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (DOSH)," katanya ketika dihubungi hari ini.

Semalam Sinar Harian melaporkan, tiga pekerja tapak pembinaan maut selepas dihempap kerangka bangunan yang masih dalam pembinaan.

ARTIKEL BERKAITAN: Tiga pekerja pembinaan maut

Dalam kejadian jam 4.40 petang itu, dua dilaporkan maut di tempat kejadian iaitu seorang warga tempatan, P Kumar, 46 tahun dan lelaki Myanmar, Rofi Khan, 32 tahun serta seorang lagi rakan senegaranya Amir Udin Abil Kasim, 20 tahun disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Seberang Jaya.

Sementara tiga lagi mangsa yang terlibat dalam kejadian itu di laporkan masih dalam keadaan kritikal dan dirawat di unit rawatan rapi (ICU) Hospital Seberang Jaya (HSJ).

Difahamkan keadaan dua lelaki warga Myanmar dan seorang lelaki Indonesia berusia 20 hingga 30 tahun berkenaan kritikal berikutan kecederaan parah di kepala dan badan.

Artikel Berkaitan: