Celcom, Digi bakal bergabung

No Image Caption
A
A
A

DUA syarikat telekomunikasi, Celcom dan Digi berada di peringkat terakhir rundingan untuk menggabungkan kedua kedua syarikat itu dengan menamakanya sebagai, Celcom Digi Berhad.

Menerusi persetujuan yang termeterai, syarikat baharu itu akan dibentuk di mana transaksi akan dilakukan pada suku kedua 2021.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada Khamis, syarikat induk Celcom, Axiata Group Berhad mengesahkan akan memegang 51 peratus saham dalam syarikat baharu itu.

Axiata berkata, langkah terbaharu ini adalah bagi menggabungkan skala, infrastruktur, pengalaman dan kekuatan kewangan kedua dua syarikat untuk menawarkan produk dan perkhidmatan yang lebih baik kepada pelanggan.

“Ekonomi digital yang progresif adalah penting kepada daya tahan serta daya saing masa depan ekonomi Malaysia, justeru ia akan berada dalam kedudukan terbaik untuk menyampaikan inovasi industri, sambungan berkualiti tinggi dan pelbagai nilai kepada pelanggan,” jelasnya dalam kenyataan itu.

Menurutnya, selaras dengan pelan ekonomi digital negara, MYDIGITAL, ia mampu mempercepatkan pelaksanaan rangkaian 5G dan memudahkan penyediaan sambungan internet berkelajuan tinggi di seluruh negara.

Celcom Digi Berhad melantik Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Axiata, Datuk Izzaddin Idris sebagai Pengerusi, Ketua Telenor Bahagian Asia, Jørgen Arentz Rostrup sebagai Timbalan Pengerusi, manakala Idham Nawawi daripada Celcom dan Albern Murty daripada Digi masing masing dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif dan Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif.

Artikel Berkaitan: