Fipper mohon maaf kekeliruan isu 'mesra Muslim'

Kenyataan Fipper di Instagram rasminya.
Kenyataan Fipper di Instagram rasminya.
A
A
A

SHAH ALAM - Jenama selipar, Fipper yang menjalinkan kolaborasi bersama aplikasi The Noor tampil memohon maaf atas kekeliruan berhubung isu penggunaan perkataan 'Muslim friendly' atau 'mesra Muslim' pada produk itu.

Menerusi kenyataan di Instagram rasmi Fipper, produk 'Slip On' hasil kolaborasi dua syarikat itu sesuai untuk kegunaan Muslimah yang memakai stokin.

Dakwaan Fipper, produk sebelum ini kurang bersesuaian dengan imej Muslimah yang berstokin.

Sebelum ini, pengenalan konsep selipar sedemikian telah mencetuskan kontroversi dalam kalangan warganet yang mempertikaikan penggunaan perkataan 'Muslim friendly' atau 'mesra Muslim' pada produk itu yang dianggap tidak sesuai.

Selebriti dan usahawan terkenal, Neelofa atau nama sebenarnya Noor Neelofa Mohd. Noor pada 5 April lalu telah melancarkan selipar yang 'dikategorikan' sebagai ‘Mesra Muslim’ bersama jenama selipar tempatan, Fipper dan aplikasi yang diperkenalkannya The Noor.

Sehingga kini, warganet terus mengecam dan memperkatakan jenama Fipper hingga trending di Twitter.

Artikel Berkaitan: