Usahawan sukarela mahu serah hak penggunaan nama MN: Annuar

Annuar Musa
Annuar Musa
A
A
A

SHAH ALAM - Muafakat Nasional sudah didaftarkan oleh seorang usahawan dari Batu Pahat, Johor dan perkara itu disahkan bekas Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa.

Annuar yang berkongsi berita itu melalui Facebooknya pada Rabu turut memaklumkan usahawan tersebut mendaftarkan MN dan memiliki permit (IP) berdaftar di atas namanya dan jawatan kuasa penajanya.

“Subhanallah, tiba-tiba hari ini saya diperkenalkan kepada seorang usahawan dari Batu Pahat yang telah mendaftarkan MN.

“Beliau bersukarela mahu menyerahkan MN dan mencadangkan supaya kita terus perjuangkan MN,” katanya di Facebook pada Rabu.

Pada 30 Disember lalu, Timbalan Presiden Pas, Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, Muafakat Nasional (MN) tidak dapat didaftarkan kerana nama gabungan itu telah digunakan pihak lain.

Beliau berkata, sudah ada pihak yang mendaftarkan nama MN dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (JPPM).

Mengulas lanjut, Annuar berkata, MN wajib diteruskan perjuangan sama ada telah di daftar mahupun tidak.

Tambah beliau, ini kerana bukan disebabkan jenamanya namun perpaduan dan ukhuwah islamiah merupakan suatu kewajipan.

Artikel Berkaitan:

“Bagi saya, adalah haram apabila ummah yang sudah bersatu, kemudian memegang tampuk kuasa di bawah pemerintah Islam, Ulil Amri, lalu kita khianati dan menghancurkannya. Jawabnya berdosa.

“Lebih besar dosanya jika kita meninggalkan saudara sesama kita (ahli syahadah) lalu mengambil musuh yang nyata sebagai orang kepercayaan,” ujarnya.

Selain itu, beliau berkata, MN juga akan menolak kepada mereka yang memilih untuk melakukan perpecahan.