Harimau Malaya perlu pertingkat prestasi: Presiden AFC

Hamidin (tengah) ketika mengadakan perbincangan dengan Shaikh Salman. Turut kelihatan Windsor. -Foto: Football Association of Malaysia
Hamidin (tengah) ketika mengadakan perbincangan dengan Shaikh Salman. Turut kelihatan Windsor. -Foto: Football Association of Malaysia
A
A
A

PRESIDEN Konfederasi Bolasepak Asia (AFC), Shaikh Salman Ibrahim Al Khalifa menekankan bahawa prestasi skuad Harimau Malaya perlu dipertingkat khususnya dari segi profesionalisme dalam usaha meningkatkan lagi standard bola sepak negara.

Perkara itu dimaklumkan kepada Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Datuk Hamidin Mohd Amin pada perbincangan isu semasa yang turut membabitkan Setiausaha Agung AFC, Datuk Windsor Paul John menjelang mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif AFC bagi penggal 2019-2023 di Manama, Bahrain pada Rabu.

Menurut kenyataan FAM, Hamidin yang juga Ahli Jawatankuasa Eksekutif AFC, turut menyentuh tentang keperluan dua hala FAM membabitkan tiga komponen utama iaitu pembangunan bola sepak wanita, futsal dan bola sepak pantai yang perlu diberikan lebih penekanan dalam pembangunan hala tuju FAM.

“Hamidin juga gembira dengan komitmen yang ditunjukkan oleh Shaikh Salman dan AFC bagi membantu melonjakkan pembangunan bola sepak, bola sepak wanita, futsal dan bola sepak pantai di Malaysia dalam masa terdekat,” demikian menurut kenyataan itu.

Artikel Berkaitan: