Najib terima notis bankrap dari LHDN

Datuk Seri Najib Razak
Datuk Seri Najib Razak
A
A
A

SHAH ALAM - Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dilaporkan menerima notis kebrankrapan daripada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN)

Memetik laporan portal Malaysiakini, menurut sumber rapat Ahli Parlimen Pekan itu, notis berkenaan berhubung cukai sebanyak RM1.7 bilion yang dikehendaki oleh LHDN daripada Najib.

Difahamkan, pegawai LHDN datang ke kediaman Najib pada Isnin dan menyampaikan notis itu kepada beliau secara peribadi dan kes tersebut telah ditetapkan untuk pengurusan kes di Mahkamah Kuala Lumpur pada 5 Mei ini.

Pada Jun 2019, kerajaan melalui LHDN memfailkan tuntutan saman terhadap Najib bagi menuntut lebih RM1.69 bilion daripada bekas perdana menteri itu dengan kadar faedah lima peratus tahunan bermula dari tarikh penghakiman serta kos dan relif lain yang dianggap wajar oleh mahkamah.

Sementara itu, Sinar Harian turut berusaha untuk menghubungi pegawai Najib, namun masih belum berjaya untuk mendapatkan sebarang komen.

Artikel Berkaitan: