Gara-gara silap Google Maps, rombongan pengantin lelaki salah rumah

Pengantin lelaki dan rombongannya tersilap rumah menarik perhatian warganet. - Foto Tribunnews
Pengantin lelaki dan rombongannya tersilap rumah menarik perhatian warganet. - Foto Tribunnews
A
A
A

JAWA - Gara-gara tersilap menggunakan navigasi Google Maps, seorang pengantin lelaki bersama rombongan tersilap hadir di rumah pengantin wanita lain hingga menimbulkan kekecohan dalam kalangan mereka.

Menerusi laporan Tribunnews, pengantin wanita dikenali sebagai Ulfa, 27, berkata, pada awalnya dia tidak menyedari ketibaan pengantin lelaki dan rombongan terbabit kerana sedang bersolek.

"Keluarga juga tidak kenal sangat ahli keluarga pengantin lelaki. Tetapi keluarga mengalu-alukan kehadiran mereka dan acara pertukaran hantaran juga sudah diadakan.

"Bagaimanapun, salah seorang daripada rombongan itu secara tiba-tiba menyedari mereka tersilap rumah pengantin lalu bergegas keluar. Mereka dikatakan tersilap mengikut Google Maps dan memohon maaf," katanya.

Menurut Ulfa, tunang dan rombongannya belum tiba kerana berhenti mencari tandas.

"Saya terkejut dan bingung kerana tidak mengenali sesiapa daripada ahli rombongan berkenaan. Saudara ada bertanyakan kepada mereka, siapa calon pengantin wanita dan ternyata bukan saya. Rombongan itu dari Pemalang sementara tunang saya dari Kendal.

"Akibat tersilap rumah, saudara membantu dan menghantarkan rombongan itu ke rumah pengantin wanita yang betul dengan jarak tidak jauh dari kampung ini.

"Kebetulan pada hari kejadian iaitu Ahad, dua majlis perkahwinan berlangsung dan boleh menimbulkan kekeliruan," katanya.

Artikel Berkaitan:

Sebelum ini, rakaman video dimuat naik di Instagram @makassar_iinfo tular hingga mendapat perhatian warganet.

Video ditonton lebih 218,000 tontonan memaparkan suasana disulami tawa dari tetamu dan keluarga pengantin wanita gara-gara tersilap rumah pengantin.