Peminat bola sepak perlu patuhi SOP di stadium: Polis

Polis menasihatkan orang ramai supaya mematuhi arahan keselamatan ketika perlawanan bola sepak antara Sri Pahang FC dan Terengganu FC dalam perlawanan Liga Super Malaysia 2020 di Stadium Darul Makmur di sini pada malam Selasa. Gambar hiasan
Polis menasihatkan orang ramai supaya mematuhi arahan keselamatan ketika perlawanan bola sepak antara Sri Pahang FC dan Terengganu FC dalam perlawanan Liga Super Malaysia 2020 di Stadium Darul Makmur di sini pada malam Selasa. Gambar hiasan
A
A
A

KUANTAN- Polis menasihatkan orang ramai supaya mematuhi arahan keselamatan ketika perlawanan bola sepak antara Sri Pahang FC dan Terengganu FC dalam perlawanan Liga Super Malaysia 2020 di Stadium Darul Makmur di sini pada malam Selasa.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Mohamad Noor Yusof Ali berkata, tindakan tegas akan diambil terhadap sebarang perlakuan atau perbuatan yang tidak mematuhi undang-undang.

"Kebenaran untuk menonton perlawanan bola sepak sudah diberikan dan orang ramai sudah boleh ke stadium.

"Jadi, kita harap peminat bola dapat mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang sudah ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) sebaiknya," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Isnin.

Beliau berkata, seramai 77 pegawai dan anggota polis akan mengadakan pemantauan pematuhan SOP sepanjang perlawanan itu berlangsung.

Katanya, kawalan itu dilakukan bagi memastikan tiada sebarang insiden yang tidak diingini berlaku, sekali gus mencegah penularan wabak Covid-19.

"Kita terpaksa mengehadkan bilangan kemasukan sekitar lebih 2,000 orang dengan mengambil kira SOP," katanya.

Artikel Berkaitan: