Najib nyanyi hiburkan pengunjung Tapak

A
A

KUALA LUMPUR - Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menghiburkan pengunjung Tapak Urban Street Dining (Tapak) dengan nyanyian dua buah lagu era 1960-an.

Lagu The Young Ones dan Save The Last Dance For Me dinyanyikan Najib bersama kumpulan busker sebelum beliau pulang kira-kira jam 10 malam.

Beliau yang tiba sekitar jam 8 malam disapa dan dikerumuni pengunjung sepanjang perjalanan yang tidak mahu melepaskan peluang berswafoto.

Najib kemudiaanya singgah di sebuah gerai untuk makan malam dan dikesempatan itu beliau dilihat beramah mesra dengan pelbagai lapisan masyarakat.

Tidak kurang juga mereka yang melaungkan malu apa bossku sepanjang Najib berada di sana dan ia bersahut-sahutan.

Menerusi hantaran di Facebooknya, Najib sempat berseloroh bertanyakan di mana Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Samad.

"Saya nyanyi bersama buskers main muzik, harap dia ok tak halau kita," katanya.