Pas Perak masih harap UMNO bersama PN

Razman (kiri) menyerahkan kolar tanda pengenalan vaksinasi dan risalah kepada seorang pemilik anjing, P Nagasegaran ketika Program Pemvaksinan Anti Rabies 2021 Daerah Larut Matang dan Selama di depan pasar raya The Store Kamunting, di sini pada Ahad.
Razman (kiri) menyerahkan kolar tanda pengenalan vaksinasi dan risalah kepada seorang pemilik anjing, P Nagasegaran ketika Program Pemvaksinan Anti Rabies 2021 Daerah Larut Matang dan Selama di depan pasar raya The Store Kamunting, di sini pada Ahad.
A
A
A

TAIPING - Pas Perak masih mengharapkan UMNO berada di dalam gabungan Perikatan Nasional (PN) bersama Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

Pesuruhjayanya, Razman Zakaria berkata, Pas masih dengan pendirian sebelum ini untuk memperkukuh Muafakat Nasional (MN) dan mempertahankan PN.

Bagaimanapun beliau menjelaskan, Pas tidak mahu mencampuri urusan UMNO di sebalik keputusan untuk tidak mahu bekerjasama dengan Bersatu pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

"Pas tak pernah ketepikan UMNO dan masih memperkukuhkan MN serta mempertahankan PN. Kita masih mengajak semua parti-parti untuk bersatu dalam menghadapi PRU akan datang.

"Tetapi untuk menghadapi PRU ini, Pas Perak bersama Bersatu menerusi PN Perak kita telah buat persediaan menghadapi PRU kerana pelbagai kemungkinan boleh berlaku pada bulan Ogos nanti," katanya kepada pemberita ketika sidang akhbar Program Pemvaksinan Anti Rabies 2021 Daerah Larut Matang dan Selama di depan pasar raya The Store Kamunting, di sini pada Ahad.

Katanya, persediaan mesti dilakukan terutama di peringkat kawasan yang akan bekerja ke arah PRU15 nanti bukan sahaja organisasi di peringkat pusat dan negeri.

Razman berkata, Pas Perak masih berbesar hati dan mengalu-alukan UMNO untuk bersama-sama menghadapi PRU15 sepertimana diputuskan oleh pimpinan pusat.

Ditanya mengenai pembahagian kerusi PRU, Exco Perladangan, Pertanian dan Industri Makanan Perak itu memaklumkan, perkara itu masih belum diputuskan.

Artikel Berkaitan:

Pada 2 April lalu, Bersatu dan Pas di Perak akan membentuk jawatankuasa manifesto bagi PN Perak sebagai tanda kesepakatan menghadapi PRU15 secara bersama.

Perkara itu dinyatakan Ketua Bersatu Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu dan Pesuruhjaya Pas negeri, Razman Zakaria dalam satu kenyataan bersama yang dikeluarkan pada Jumaat.

Menurut kenyataan itu, kedua-dua parti telah mengenal pasti kerusi yang berpotensi untuk ditandingi di peringkat negeri.

ARTIKEL BERKAITAN: Bersatu, Pas Perak kerjasama bentuk manifesto PRU15