Anwar persoal kenyataan Hishammuddin anggap China 'big brother'

Anwar
Anwar
A
A
A

SHAH ALAM - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mempersoalkan tindakan Menteri Luar, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussien yang menyifatkan negara China sebagai ‘big brother’ kepada Malaysia ketika pertemuan dengan rakan sejawatnya, Wang Yi.

Menurut Ahli Parlimen Port Dickson itu, ia bukan bahasa dan gaya yang sepatutnya digunakan dalam dunia diplomasi dan hubungan antarabangsa kerana ia seolah meletakkan taraf Malaysia hanya sebagai boneka asing.

“China adalah negara sahabat dan kita seharusnya menumpukan segala usaha dan keringat untuk meningkatkan kerjasama perdagangan serta pelaburan dengan negara tersebut.

“Sebagai negara yang berkecuali dan tidak memihak kepada mana-mana kuasa besar dunia, kenyataan beliau itu jelas suatu bentuk penghinaan terhadap negara kita sendiri,” katanya dalam hantaran di Facebook pada Sabtu.

Tambah Anwar, disebabkan kenyataan tersebut Menteri Luar harus segera memohon maaf kepada rakyat Malaysia lantas menarik balik kenyataan hambar tersebut.

Kata-kata Hishammuddin itu menerima kritikan sejumlah pengguna media sosial yang melihatnya sebagai kepatuhan Malaysia kepada China yang berisiko menjejaskan kepentingan negara.

Hishammuddin kini dalam kunjungan dua hari ke China atas undangan Menteri Luar China, Wang Yi.

Dalam kunjungan itu, kedua-dua negara antara lain menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) berhubung pembentukan jawatankuasa tinggi bagi mempromosi kerjasama pasca wabak Covid-19

Artikel Berkaitan: