Dana anak yatim melalui YIDE perlu ditambah

Dari kanan: Abdul Aziz; Pengerusi YIDE, Datuk Bakhtiar Husin dan Setiausaha MAIS, Dr Ahmad Shahir Makhtar ketika majlis di Acapella Suite Hotel, Shah Alam pada Khamis.
Dari kanan: Abdul Aziz; Pengerusi YIDE, Datuk Bakhtiar Husin dan Setiausaha MAIS, Dr Ahmad Shahir Makhtar ketika majlis di Acapella Suite Hotel, Shah Alam pada Khamis.
A
A
A

SHAH ALAM - Peruntukan sebanyak RM500,000 yang disalurkan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) setiap tahun kepada anak yatim melalui Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE) perlu ditingkatkan dari semasa ke semasa.

Pengerusinya, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata, ia perlu bagi membantu pihaknya menjalankan pelbagai aktiviti bagi anak yatim berkenaan.

Beliau berkata, lebih 8,000 orang anak yatim di negeri Selangor telah berdaftar melalui YIDE setakat ini.

“Antara program yang dilaksanakan untuk anak yatim melalui YIDE ialah sumbangan hari raya, bantuan pra persekolahan, Khatan Perdana, kem motivasi dan riadah santai.

“Kempen ini diadakan untuk menambah dana tabung bagi keperluan anak yatim supaya pelbagai program dapat diadakan membabitkan program sosial dan kebajikan untuk golongan itu,” katanya pada Majlis Hi-Tea Bersama Pengamal Media, Rakan Strategik dan Pelancaran Kempen Sedekah Tabung Anak Yatim di Acapella Suite Hotel di sini pada Khamis.

Abdul Aziz juga menyeru badan korporat dan umat Islam di negeri ini untuk membantu kebajikan anak-anak yatim melalui kempen yang dijadualkan sepanjang Ramadan ini.

Menurutnya, orang ramai yang ingin menyumbang ke tabung tersebut boleh membuat pembayaran secara dalam talian di lawan web http://fpx.mais.gov.my/epay/say.php.

Sementara itu, majlis tersebut diadakan bagi menghargai pengamal media di Selangor yang berkerja keras untuk menyampaikan maklumat yang sahih kepada masyarakat walaupun negara dilanda pandemik Covid-19.

Artikel Berkaitan:

Abdul Aziz berkata, golongan tersebut juga adalah anggota barisan hadapan selain daripada doktor dan pasukan keselamatan dan diibaratkan sebagai wira-wira tak didendang.