SPRM kesan Lady Johari bantu perbicaraan kes

No Image Caption
A
A
A

KUALA LUMPUR - Seorang bekas anggota polis trafik berpangkat Koperal sedang dikesan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kuala Lumpur, bagi membantu perbicaraan di Mahkamah Rayuan melibatkan kes SPRM.

SPRM dalam kenyataan pada Rabu menyatakan, lelaki berkenaan dikenali sebagai Lady Johari Idris, 58, bernombor kad pengenalan 630707-10-7351 serta beralamat terakhir di No. 17, Jalan Semarak 5, Taman Semarak Sungai Chua, 43000, Kajang, Selangor.

Sehubungan itu, orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat mengenai penama berkenaan, diminta untuk menghubungi pegawai penyiasat iaitu Penolong Penguasa Wan Siti Zaharah Wan Jaafar di talian 018-663 5354/03-9206 1209 atau emel ke alamat wszaharah@sprm.gov.my. - Bernama

Artikel Berkaitan: