Desakan Khairy ‘cabul’ suara akar umbi

Noor Hariri
Noor Hariri
A
A
A

KOTA BHARU - Tindakan Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin Abu Bakar secara terbuka mendesak pemilihan UMNO disegerakan sebagai satu ‘pencabulan’ terhadap keputusan akar umbi yang mahu Parlimen dibubarkan dengan lebih cepat daripada tempohnya.

Ketua Pemuda UMNO Kelantan, Noor Hariri Mohamed Noor berkata, rata-rata akar umbi dilihat lebih selesa untuk memilih kerajaan baharu menerusi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) dalam menyelesaikan kemelut politik negara yang sedang berlaku ketika ini.

“Negara kini mengalami 'deficit of trust' daripada para pelabur yang boleh menyebabkan kemelesetan ekonomi.

“Perdana menteri perlu melakukan sesuatu untuk menamatkan darurat politik ini secepat mungkin,” katanya kepada Sinar Harian pada Selasa.

Dalam pada itu, Noor Hariri turut mengingatkan pimpinan UMNO yang diberikan jawatan dalam Kerajaan Perikatan Nasional (PN) supaya segera melepaskan tanggungjawab tersebut sebagaimana telah diputuskan oleh ahli pada Perhimpunan Agung UMNO (PAU).

Katanya, tindakan tersebut memperlihatkan sifat ‘jantan’ pimpinan UMNO tersebut selaras dengan keputusan parti menolak kerjasama dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

ARTIKEL BERKAITAN: KJ gesa segerakan pemilihan UMNO, selesai kemelut dalaman parti

Artikel Berkaitan: