X

Kindly register in order to view this article
!

Undi 18: Syed Saddiq minta Pas jangan berdalih

Tangkap layar hantaran Facebook Syed Saddiq pada Selasa.
A
A

SHAH ALAM - Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menggesa Pas supaya tidak berdalih dan melengah-lengahkan pelaksanaan had umur mengundi bawah 18 tahun.

Beliau berkata, kenyataan daripada beberapa kepimpinan Pas mengenai undi 18 pada ketika ini dilihat sudah berbeza berbanding semasa menjadi pembangkang.

“Tahun 2019, pimpinan Pas dan ahli Parlimennya boleh menyokong usul undi 18 dan bersetuju untuk menurunkan had umur mengundi kepada 18 tahun. Waktu itu Pas pembangkang.

“Tapi tahun 2021 apabila Pas sudah menjadi kerajaan, pimpinan Pas pula cuba untuk melengah-lengahkan pelaksanaan undi 18? Menteri Parlimen dan Undang-Undang juga datang daripada Pas (Datuk Takiyuddin Hassan).

“Tahun lepas pun (Takiyuddin) masih berjanji yang undi 18 ini boleh dibuat selewat-lewatnya pada Julai 2021,” katanya menerusi satu hantaran di Facebooknya pada Selasa.

Pada Jumaat lalu, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, beliau bersetuju terhadap penangguhan tarikh pelaksanaan undi 18 yang diumumkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pada Khamis.

Ahli Parlimen Marang itu berkata, ini kerana usia bukan penentu kematangan bagi rakyat Malaysia untuk memilih kerajaan.

ARTIKEL BERKAITAN: Pas setuju tangguh pelaksanaan undi 18: Abdul Hadi

Mengulas mengenai kenyataan itu, Syed Saddiq yang juga bekas Menteri Belia dan Sukan berkata, kesemua perkara itu tidak seharusnya dijadikan sebagai isu kerana ia telah pun dibahaskan di Dewan Rakyat sebelum diluluskan.

“Saya pun tidak mahu ulas lagi isu ‘kenapa 18 tahun dah boleh mengundi, ‘orang muda usia 18 tahun matang atau tidak’, 'orang muda mengundi tak fikir panjang’.

“Sebab tahun 2019, semua hal ini dah dibincangkan di dalam Dewan Rakyat dan semua dah setuju dengan undi 18.

“Kalau Pas masih lagi banyak dalih dengan isu umur, saya pun boleh sebut yang orang muda berusia 13 tahun pun sudah boleh jadi ahli Pas. Tiba-tiba dalam hal mengundi, usia 18 tahun pun belum cukup,” ujarnya.

Syed Saddiq berkata, Pas tidak sepatutnya bersikap selamat dan memilih-milih untuk melaksananakan perkara yang hanya memberi kepentingan kepada parti itu.

“Sebagai kerajaan, Pas kena hormat dan angkat suara Dewan Rakyat, bukan mempermainkan keputusan Dewan Rakyat,” katanya.

Pengerusi SPR, Datuk Abdul Ghani Salleh memaklumkan pendaftaran pemilih automatik dan mengundi pada usia 18 tahun (undi 18) dijangka hanya boleh dilaksanakan selepas 1 September 2022.

Abdul Ghani berkata, ia selepas pihaknya menilai semula pelbagai kekangan dan isu yang telah menjejaskan perancangan dan persiapan awal SPR.

ARTIKEL BERKAITAN: Pendaftaran pemilih automatik selepas 1 September 2022

Halangan pelaksanaan Undi 18 di pihak SPR bukan PN: PM

Dulu lain, sekarang lain. Tahun 2019, pimpinan PAS dan Ahli Parlimen PAS boleh menyokong usul UNDI18 dan bersetuju...

Posted by Syed Saddiq Syed Abdul Rahman on Monday, March 29, 2021


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!