X

Kindly register in order to view this article
!

Ronaldo kekal kapten Portugal

Cristiano Ronaldo
A
A

BINTANG Portugal, Cristiano Ronaldo akan terus menjadi kapten pasukan kebangsaan walaupun dikritik selepas aksi kontroversinya yang meninggalkan padang dan membaling lilitan kapten pada perlawanan Kelayakan Piala Dunia menentang Serbia pada awal pagi Ahad.

Pengendali Portugal, Fernandos Santos berkata, kejadian tersebut tidak mengubah peranan Ronaldo sebagai kapten Portugal apatah lagi pemain Juventus itu juga telah memohon maaf berhubung kelakuannya itu.

"Ia cuma satu rasa kekecewaan yang diluahkan oleh Ronaldo. Dia akan tetap menjadi kapten dan contoh kepada semua orang dalam dunia bola sepak ini.

"Kalau dia menyinggung jurulatih atau rakan sepasukan, mungkin kami perlu menilai kembali perkara tersebut. Tetapi, ia tidak berlaku. Dia selalu ingin menang dan dalam perlawanan tersebut dia sangat kecewa dengan keputusan pengadil.

"Dia memberikan segalanya kepada pasukan kebangsaan dan tindakan yang dilakukan itu kerana dia kecewa. Kami tiada masalah dengan tindakan itu, malah dia juga telah memohon maaf," katanya.

Insiden membabitkan Ronaldo itu berlaku selepas pengadil perlawanan tidak mengesahkan gol yang dijaringkan Ronaldo pada minit akhir perlawanan yang menyaksikan Portugal hanya mampu seri 2-2 dengan Serbia dalam aksi Kumpulan A itu.

Hasil ulang tayang menyaksikan bola sudah melepasi garisan gol sehingga menimbulkan kemarahan Ronaldo sebelum dia bertindak membaling lilitan kapten dan meninggalkan padang walaupun perlawanan belum berakhir.

Tindakan Ronaldo itu mengundang kritikan ramai pihak yang berang selepas pemain itu membaling lilitan kapten selain FIFA juga dilaporkan akan mengenakan hukuman kepadanya.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!