X

Kindly register in order to view this article
!

26 April sebutan semula kes kanak-kanak maut didera

Zuraida (depan) dan Mohd Fadzli (kanan) dibawa anggota polis keluar dari Mahkamah Majistret Ayer Keroh, Melaka pada Isnin.
A
A

MELAKA - Mahkamah Sesyen dan Mahkamah Majistret Ayer Keroh pada Isnin menetapkan 26 April depan sebagai tarikh serahan dokumen bagi kes kanak-kanak maut dipercayai akibat didera ibu kandung dan bapa tirinya di sebuah rumah di Taman Krubong Jaya di sini.

Keputusan itu dibuat selepas mendengar permohonan timbalan pendakwa raya selepas pasangan suami isteri iaitu Zuraida Atan, 32, dan Mohd Fadzli Abdul Razak, 38, dihadapkan ke mahkamah berkenaan pada pagi Isnin.

Ia bagi menunggu keputusan bedah siasat yang dijalankan ke atas mangsa, Zubaidi Amir Qusyairi, 7.

Prosiding dijalankan di mahkamah berasingan di hadapan Hakim Elesabet Paya dan Nariman Badruddin.

Pasangan suami isteri itu secara berasingan didakwa mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kesalahan Kanak- Kanak 2001 kerana mendedahkan mangsa dengan cara yang mungkin akan menyebabkan mangsa mengalami kecederaan fizikal atau membenarkannya dianiaya, diabaikan atau didedahkan sedemikian.

Mereka didakwa secara bersama-sama menyebabkan kematian mangsa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan turut dihadapkan ke Mahkamah Majistret di hadapan Majistret Mazana Sinin.

Prosiding itu dijalankan Timbalan Pendakwa Raya Anis Wahidah Mohamad, Mazuin Hashim dan Intan Lyiana Zainal Abidin.

Dalam kejadian pada 30 Januari lalu, kanak-kanak berkenaan ditemui mati dalam sebuah tong air di rumahnya di Taman Krubong Jaya di sini dengan kesan cedera dan lebam di beberapa anggota badan.

Pada 10 Februari lalu, pasangan suami isteri berkenaan dituduh atas pertuduhan sama mengikut Seksyen 31 (1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun, denda maksimum RM20,000 atau kedua-duanya sekali.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!