X

Kindly register in order to view this article
!

Tindakan Ronaldo baling lilitan kapten dikritik

Ronaldo
A
A

BINTANG Portugal, Cristiano Ronaldo dikritik selepas bertindak membaling lilitan kapten apabila golnya tidak disahkan pengadil dalam saingan Kelayakan Piala Dunia menentang Serbia di Stadium Red Star pada awal pagi Ahad.

Bekas pemain Portugal, Fernando Meira menyifatkan tindakan Ronaldo membaling lilitan kapten itu dilihat keterlaluan dan tidak boleh diterima.

"Memang ia gol, tetapi Ronaldo tidak boleh membaling lilitan kapten tersebut. Ronaldo berhak marah dan rasa kecewa, tetapi tidak wajar untuk seorang kapten pasukan kebangsaan bertindak sedemikian (membaling lilitan kapten).

"Anda tidak boleh membaling lilitan kapten ke tanah dan meninggalkan padang ketika perlawanan masih berlangsung. Itu sikap yang tidak boleh diterima daripada seorang pemain berkaliber seperti dia.

"Saya memahami rasa kecewanyasan saya juga melihat golnya sah, tetapi pengadil membuat keputusan tanpa VAR dan Ronaldo perlu menunjukkan contoh yang bagus," katanya.

Dalam perlawanan tersebut, Portugal mendahului dua gol menerusi penyerang Liverpool Diogo Jota, namun Serbia membalas di separuh masa kedua menerusi gol Aleksandar Mitrovic dan Filip Kostic.

Portugal seharusnya membawa pulang tiga mata sekiranya gol Ronaldo yang dijaringkan pada penghujung perlawanan disahkan oleh pengadil, Danny Makkelie yang membawa kepada tindakan ronaldo mengamuk dan membaling lilitan kapten sebelum meninggalkan padang.

Dalam ulang tayang menyaksikan bola sudah melepasi garisan gol dengan jarak yang cukup jauh, namun pengadil tidak mengesahkan gol tersebut selain turut melayangkan kad kuning kepada Ronaldo kerana mempertikaikan keputusan pengadil.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!