Rahim ajak Rafizi berdebat isu kemasukan Ahli Parlimen UMNO

Rahim cabar Rafizi berdebat selepas Naib Presiden PKR itu mengatakan kemasukan enam bekas Ahli Parlimen UMNO ke parti Bersatu diibaratkan seperti mengutip sampah.
Rahim cabar Rafizi berdebat selepas Naib Presiden PKR itu mengatakan kemasukan enam bekas Ahli Parlimen UMNO ke parti Bersatu diibaratkan seperti mengutip sampah.
A
A
A

SHAH ALAM - Bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Rahim Thamby Chik mencabar Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli untuk berdebat berhubung kemasukan bekas Ahli Parlimen Umno ke parti Bersatu yang disamakan sebagai kerja mengutip sampah.

Rahim berkata, sekiranya cabaran itu dipersetujui oleh Rafizi, beliau memohon supaya majlis itu diadakan di Ibu Pejabat PKR dan terbuka kepada umum serta bebas dilapor oleh media.

“Tentukan lokasi, tarikh dan ia terbuka kepada umum. Majlis debat tak boleh dijadikan tempat politiking iaitu bersorak-sorak tak tentu pasal dan perjalanan debat terbuka kepada semua media,” katanya melalui ciapan di Twitternya, hari ini.

Beliau berkata demikian selepas Rafizi mengulas kemasukan bekas Ahli Parlimen UMNO yang dilihat sebagai mengutip sampah dan berlawanan dengan mandat rakyat menolak UMNO-BN pada PRU14 lalu.

Mengulas lanjut, Rahim yang juga bekas ahli UMNO berkata, kenyataan yang dikeluarkan Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali cukup berbeza yang memperlihatkan pemikiran politik matang.

ARTIKEL BERKAITAN: Kemasukan bekas Ahli Parlimen UMNO jejaskan PH di PRK Semenyih

Berbanding Rafizi, Rahim berkata, pemikiran bekas Ahli Parlimen Pandan itu sama seperti cara berpolitik di tepi jalan.

“Rafizi kata perbuatan Bersatu macam kerja kutip sampah. Otak seperti ini sama tarafnya dengan cara berpolitik di tepi jalan!

Artikel Berkaitan:

“Banyak kenyataan Rafizi memang rosakkan PKR dan PH! Itu sebabnya dia ditolak dalam pemilihan partinya yang lalu. Saya cabar dia untuk berdebat dengan saya tentang strategi PH. Setuju?,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: MP UMNO masuk Bersatu: Azmin puas hati penjelasan Tun M

Selasa lalu, tujuh Ahli Parlimen Bebas menerima kad keahlian sebagai tanda penyertaan mereka ke dalam Bersatu daripada Pengerusi Bersatu, Tun Dr Mahathir Mohamad dalam satu majlis ringkas di Yayasan Kepimpinan Perdana, Putrajaya.

Dr Mahathir menyerahkan kad keahlian tersebut kepada Ahli Parlimen Masjid Tanah, Mas Ermieyati Shamsuddin; Datuk Seri Hamzah Zainuddin (Larut); Datuk Dr Latiff Ahmad (Mersing); Datuk Rosol Wahid (Hulu Terengganu); Datuk Seri Ikmal Hisham Abdul Aziz (Tanah Merah) dan Ahli Parlimen Sabak Bernam, Datuk Mohd Fasiah Mohd Fakeh.

“Kalau komponen-komponen PH ini bijak, mereka pasti anggap kemasukan bekas Ahli Parlimen UMNO ke dalam Bersatu sebagai satu langkah positif.

“Tentulah ahli-ahli baharu ini akan bekerja kuat-sekuatnya bagi mengukuhkan Bersatu. Memperkuat dan memantapkan Bersatu bermakna memperkasa PH...Jadi apa masalahnya?,” kata Rahim.