Motosikal bergesel lori, pembonceng maut digilis

Lori yang terlibat dalam kemalangan. Motorsikal yang dinaiki mangsa dikatakan bergesel dengan lori tersebut.
Lori yang terlibat dalam kemalangan. Motorsikal yang dinaiki mangsa dikatakan bergesel dengan lori tersebut.
A
A
A

KOTA BHARU – Seorang pembonceng motosikal maut dipercayai digilis sebuah lori dalam kejadian di kilometer 6.1 Jalan Machang - Pasir Puteh di Kampung Sungai Mas pada pagi Ahad.

Ketua Polis Daerah Machang, Deputi Superintenden Ganti Jimmy berkata, dalam kejadian jam 9 pagi itu, mangsa, Wan Asmat Wan Mat, 31, yang berasal dari Taman Sentosa Jaya, Kampung Padang Selising, Machang membonceng sebuah motosikal yang ditunggang Suzieana Abd Hadi, 24.

Menurutnya, motosikal yang ditunggang mangsa dipercayai keluar dari simpang sebelah kiri jalan sebelum bergesel dengan sebuah lori menyebabkan pelanggaran berlaku dan pemboncengnya digilis.

“Wan Asmat yang mengalami kecederaan di kepala dan keseluruhan badan meninggal dunia di tempat kejadian manakala Suzieana mengalami kecederaan di bahagian tangan kanan dan dirawat di Hospital Machang.

“Pemandu lori tersebut tidak mengalami sebarang kecederaan dan kes akan disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya ketika dihubungi pada Ahad.

Artikel Berkaitan: