Wan Rosdy dedah Bersatu cuba pikat ahli Parlimen Cameron Highlands

Wan Rosdy Wan Ismail
Wan Rosdy Wan Ismail
A
A
A

KUALA LUMPUR - Pengerusi UMNO Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail mendedahkan berlaku cubaan untuk memikat Ahli Parlimen Cameron Highlands, Ramli Mohd Nor oleh Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

Beliau berkata, ada bukti kukuh yang diperoleh berhubung cubaan mengajak Ramli supaya lompat parti.

Justeru katanya, tindakan yang dilakukan Bersatu itu juga jelas menunjukkan mereka tidak ikhlas untuk bersama UMNO.

"Sudahlah tidak ikhas, main kotor pula..saya ada bukti kukuh mereka berusaha memujuk dan memikat ahli Parlimen Cameron Highlands.

"Kita yang bertungkus-lumus semasa Pilihan Raya Kecil (PRK) (Parlimen Cameron Highlands) tempoh hari untuk menangkan dia (Ramli).

"Sampai hendak datang ke rumah tapi mereka gagal kerana ahli Parlimen BN (Ramli) ternyata sangat setia dengan parti," katanya.

Beliau berkata demikian ketika membahaskan ucapan dasar Presiden UMNO sempena Perhimpunan Agung UMNO 2020 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) di sini, pada Ahad.

Mengulas lanjut, Wan Rosdy yang juga menteri besar Pahang berkata, tindakan yang ditunjukkan Bersatu itu jelas tidak mencerminkan keikhlasan.

Artikel Berkaitan:

Katanya, sikap yang ditunjukkan oleh parti yang diterajui Tan Sri Muhyiddin Yassin itu juga tidak 'gentleman'.

"Jadi daripada mereka membeli sana membeli sini, memikat sana sini, baik bubar Parlimen secepat mungkin," katanya.