ASFC rancak pembangunan akar umbi bola sepak Selangor

Tengku Amir (dua kiri) bersama replika cek yang disampaikan Seng Huat dan Faizal pada Sabtu. Foto: FB Mohd Faizal Wahid
Tengku Amir (dua kiri) bersama replika cek yang disampaikan Seng Huat dan Faizal pada Sabtu. Foto: FB Mohd Faizal Wahid
A
A
A

ANAK Selangor Fan Club (AFSC) tampil memperkasakan pembangunan peringkat akar umbi bola sepak Selangor apabila menyumbang RM50,000 kepada Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) pada Sabtu.

Presiden ASFC, Mohd Faizal Wahid berkata, sumbangan itu secara tidak langsung membuktikan bahawa kelab penyokong bola sepak mempunyai peranan besar sebagai sebahagian penggerak dalam menghasilkan pemain muda dan pelapis untuk Selangor.

"Sebagai pemain ke-12, kami tidak hanya memberi tumpuan kepada menyokong Selangor FC yang beraksi pada saingan Liga-Malaysia, tetapi juga memastikan Selangor FC mempunyai produk yang dihasilkan FAS menerusi penganjuran pertandingan peringkat akar umbi.

"Saya dan ahli kelab juga berterima kasih kepada penaung ASFC, Datuk Tan Seng Huat yang turut sama berusaha memastikan sumbangan ini dapat direalisasikan pada hari ini," katanya ketika dihubungi Sukan Sinar pada Sabtu.

ASFC sebelum itu yang diwakili Seng Huat dan Faizal menyerahkan sumbangan RM50,000 kepada Raja Muda Selangor merangkap Presiden FAS, Tengku Amir Shah Sultan Sultan Sharafuddin Idris Shah di pejabat badan induk bola sepak negeri Selangor tersebut.

Artikel Berkaitan: