30 peratus Wanita UMNO perlu diberi peluang jadi calon PRU15

Dr Noraini Ahmad - Foto Bernama
Dr Noraini Ahmad - Foto Bernama
A
A
A

KUALA LUMPUR – Ketua Wanita UMNO, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad mendesak kepimpinan parti itu supaya 30 peratus wanita diberi peluang untuk menjadi calon dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Beliau berkata, UMNO sebagai parti yang bangun dan berdiri atas sokongan wanita sejak 1946 mesti menjadi peneraju dalam agenda berkenaan.

”Parti ini bukan sahaja dibangunkan atas keringat dan perjuangan lelaki sahaja, tetapi juga air mata dan gelang emas wanita Melayu.

”Siapa tidak kenal Skuad Sayang yang tiada tandingannya. Tidak ada mana-mana gerakan yang sepantas Skuad Sayang.

”Turun, naik, redah, daki dan namakan apa saja demi rakyat, wanita kuburkan semua alasan,” katanya semasa berucap dalam Persidangan Perwakilan Wanita di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) pada Sabtu.

Noraini yang merupakan Ahli Parlimen Parit Sulong menambah, wanita UMNO tidak meminta harta benda dan pujian.

”Apa yang kita nak, agenda 30 peratus wanita dalam politik ini dilaksanakan. Justeru, saya meminta kepada kepimpinan parti untuk mempertimbangkan calon dalam kalangan wanita.

”Kami mempunyai calon yang layak untuk ditonjolkan sebagai wakil rakyat. Kita tidak mahu lagi dikenali sebagai kumpulan yang bergerak di belakang tabir

Artikel Berkaitan:

”Kita mahu lebih ramai wanita diletakkan di barisan hadapan,” katanya.