Perdana menteri hanya untuk UMNO: Tok Mat

Mohamad Hasan
Mohamad Hasan
A
A
A

KUALA LUMPUR - Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan menegaskan bahawa jawatan perdana menteri hanya untuk parti itu.

Justeru katanya, UMNO perlu menjadi parti induk bagi membolehkan mereka memimpin kerajaan bukannya setakat menjadi 'anak ayam’.

"Jawatan perdana menteri adalah untuk UMNO, Barisan Nasional (BN). Kita mesti jadi induk.

"Sebab itu kita tidak boleh jadi anak ayam, UMNO mesti jadi induk ayam," katanya pada sidang akhbar sebaik selesai berucap merasmikan Pergerakan Sayap Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, pada Sabtu.

Mengulas lanjut, Mohamad berkata, pengalaman UMNO mentadbir negara selama lebih 60 tahun telah cukup membuktikan kemampuan parti itu.

Katanya, sebagai induk atau 'ibu', UMNO bukan sahaja menjaga kepentingan orang Melayu tetapi mewakili semua kaum di negara ini.

"Sebagai induk, kita akan melindungi anak-anak kita," katanya.

Artikel Berkaitan: