Diskaun 35 peratus untuk pelajar!

Pelajar sekolah rendah dan menengah berpeluang menikmati potongan harga istimewa bagi setiap pembelian buku akademik.
Pelajar sekolah rendah dan menengah berpeluang menikmati potongan harga istimewa bagi setiap pembelian buku akademik.
A
A
A

SHAH ALAM - Pelajar sekolah rendah dan menengah daripada 800 buah sekolah terpilih yang mengadakan lawatan sempena Jualan Gudang Awal Tahun 2019 Karangkraf di Kompleks Karangkraf, di sini, mulai hari ini berpeluang mendapat diskaun sebanyak 35 peratus.

Penolong Pengurus Besar Jualan Kumpulan Buku Karangkraf, Roziyana Omar berkata, potongan harga tersebut khas diberikan kepada para pelajar yang ingin membeli koleksi buku sepanjang jualan gudang berlangsung sehingga 24 Februari depan.

"Setakat ini pihak Karangkraf telah mengedarkan surat jemputan kepada lebih 800 buah sekolah di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor untuk hadir memeriahkan Jualan Gudang Awal Tahun 2019 Karangkraf.

Para petugas menyusun koleksi buku yang akan dijual sempena Jualan Gudang Awal Tahun 2019 Karangkraf di Kompleks Karangkraf, Shah Alam bermula pada 15 hingga 24 Februari 2019.
Para petugas menyusun koleksi buku yang akan dijual sempena Jualan Gudang Awal Tahun 2019 Karangkraf di Kompleks Karangkraf, Shah Alam bermula pada 15 hingga 24 Februari 2019.

"Selain buku akademik bagi calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3), pelajar sekolah juga berpeluang mendapatkan variasi buku agama dan novel popular," katanya ketika ditemui semalam.

Sementara itu, Roziyana memberitahu, jualan gudang tersebut juga menawarkan diskaun sebanyak 20 peratus bagi setiap pembelian novel adaptasi kepada drama yang sedang rancak ditayangkan di televisyen.

"Dua novel terbabit berjudul, Dia Menantu Rahsia nukilan penulis Indah Hairani dan Senafas Rindu hasil karya Damya Hanna," jelasnya.

Artikel Berkaitan:

Selain buku resipi dan kanak-kanak pengunjung juga berpeluang mendapatkan himpunan novel karya penulis tempatan yang dijual sempena Jualan Gudang Awal Tahun 2019 Karangkraf di Kompleks Karangkraf, Shah Alam bermula pada 15 hingga 24 Februari 2019.

Menariknya mengenai Jualan Gudang Awal Tahun 2019 Karangkraf, pengunjung berpeluang membeli himpunan bahan bacaan pada harga serendah RM1 dan potongan diskaun bermula pada 15 hingga 50 peratus.

Antaranya ialah buku agama, resipi, kanak-kanak dan majalah.