X

Kindly register in order to view this article
!

Ahad | 28 November 2021

Mayat reput tepi landasan kereta api

Gambar tular menunjukkan lokasi mayat mangsa ditemui dalam keadaan hampir reput di kawasan semak berhampiran landasan kereta api di Batu 186.50 antara Ipoh-Lahat di sini pada Rabu. Gamba kecil: A Asmadi Abdul Aziz
A
A

IPOH - Mayat seorang lelaki ditemukan dalam keadaan hampir reput di kawasan semak berdekatan landasan kereta api di Batu 186.50 antara Ipoh-Lahat di sini pada Rabu.

Penemuan mayat dikenali sebagai Khairuddin Saidi, 62, beralamat dari Petaling Jaya, Selangor itu disedari pengawal keselamatan taman perumahan berhampiran pada jam 12.32 tengah hari.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner A Asmadi Abdul Aziz berkata, mayat mangsa ditemui masih berpakaian dan pemeriksaan di lokasi kejadian mendapati, barangan peribadi masih bersama mangsa.

"Hasil siasatan anggota forensik menjumpai kesan luka di belakang kepala sebelah kanan dan belakang badan sebelah kiri mangsa.

"Bagaimanapun tiada sebarang senjata ditemui di sekitar tempat kejadian," katanya ketika dihubungi Sinar Harian.

Beliau berkata, mangsa berkemungkinan terjatuh di kawasan itu dan berdasarkan keadaan mayat, disyaki telah meninggal dunia sejak beberapa hari lalu.

Katanya, kes itu diklasifikasikan sebagai mati mengejut sementara menunggu laporan bedah siasat.

"Mayat mangsa telah dibawa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) untuk bedah siasat yang dijadualkan esok pagi (Khamis)," katanya.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!