Maqis rampas koko dari Uganda

Kontena membawa koko dari Uganda ditahan Maqis di Pelabuhan Tanjung Pelepas pada Isnin. - Foto Maqis Johor
Kontena membawa koko dari Uganda ditahan Maqis di Pelabuhan Tanjung Pelepas pada Isnin. - Foto Maqis Johor
A
A
A

JOHOR BAHRU - Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) Johor menahan sebuah kontena membawa koko dari Uganda di Pelabuhan Tanjung Pelepas Gelang Patah pada Isnin.

Pengarahnya, Nur Afifah A Rahman berkata, hasil pemeriksaan rutin oleh pegawai penguat kuasa pada jam 10 pagi mendapati, kontena terbabit membawa koko seberat 24,210 kilogram (kg) dianggarkan bernilai RM227,213.

"Hasil pemeriksaan lanjut mendapati kontena yang membawa koko tersebut turut mengandungi serangga perosak," katanya menerusi kenyataan pada Rabu.

Beliau berkata, kes akan disiasat di bawah Seksyen 14 Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 [Akta 728] kerana mengimport produk pertanian yang dipercayai mempunyai perosak, penyakit atau bahan cemar.

"Jika disabitkan kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM100,000 atau penjara tidak melebihi enam tahun atau kedua-duanya," katanya.

Hasil pemeriksaan ke atas kontena didapati mempunyai serangga perosak. - Foto Maqis Johor
Hasil pemeriksaan ke atas kontena didapati mempunyai serangga perosak. - Foto Maqis Johor

Artikel Berkaitan: