Soon Hee belum ditangkap: Ayob Khan

Ayob Khan menunjukkan gambar suspek yang bergelar Datuk Seri yang dikhendaki polis Johor.
Ayob Khan menunjukkan gambar suspek yang bergelar Datuk Seri yang dikhendaki polis Johor.
A
A
A

JOHOR BAHRU - Polis Johor menafikan bahawa Datuk Seri Nicky Liow Soon Hee, 33, yang terlibat dalam sindiket pengubahan wang haram serta jenayah komersial sudah ditahan.

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay memaklumkan, laporan sebuah portal bahawa lelaki itu sudah ditangkap tidak benar.

"Belum lagi (ditangkap), ya (laporan itu tidak benar)," katanya ringkas ketika dihubungi di sini pada Selasa.

Portal berkenaan mendakwa suspek ditahan di sebuah kelab malam di Jalan Klang Lama, Kuala Lumpur selepas usaha pencarian dijalankan polis selama 18 jam.

Sebelum ini dalam sidang akhbar, Ayob berkata, pengasas Winner Dynasty Group itu dikehendaki untuk siasatan di bawah Seksyen 130 V hingga 130 ZB Kanun Keseksaan bagi kesalahan kumpulan jenayah terancang.

Polis Johor katanya telah mengadakan operasi dengan melakukan serbuan di Puchong pada Sabtu dan menahan 12 individu termasuk seorang yang berpangkat Datuk Seri.

Kata Ayob, sindiket itu besar dan banyak melibatkan penipuan dan scam, suspek berpengaruh dan mempunyai banyak hubungan dengan ramai orang kenamaan termasuk pegawai daripada agensi penguat kuasa.

Artikel Berkaitan: