X

Kindly register in order to view this article
!

Covid-19: Pusat jagaan warga emas kembali operasi

Gambar hiasan. - Foto 123RF Gambar kecil: Shahaniza Shamsuddin
A
A

BERA - Pusat Jagaan Pertubuhan Pengurusan Rumah Kebajikan Warga Emas Sang Riang di sini dibenarkan beroperasi semula setelah ujian calitan kedua kepada 234 penghuni warga emas dan penjaga pusat itu didapati negatif.

Exco Perpaduan, Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Wanita dan Keluarga, Datuk Seri Shahaniza Shamsuddin berkata, keputusan itu dicapai dalam Mesyuarat Task-Force Covid-19 Negeri Pahang Bil 15/2021 pada Isnin.

Menurutnya, kerajaan Pahang memutuskan perkara itu setelah penilaian menyeluruh dibuat dengan mengambil kira perkembangan keputusan terkini ujian calitan Covid-19 yang dijalankan.

"Pusat ini terpaksa ditutup selepas lima kes positif dikenali sebagai Kluster Jalan Warga Emas dikesan melalui saringan survelan yang dilaksanakan oleh Pejabat Kesihatan Daerah Bera pada 11 Mac 2021.

"Saringan ini melibatkan semua penghuni yang berumur 60 hingga 92 tahun dan penjaga.

"Kesemuanya kes positif telah dimasukkan ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HoSHAS), Temerloh untuk rawatan lanjut," katanya melalui satu kenyataan pada Selasa.

Beliau berkata, kerajaan negeri amat menghargai komitmen tinggi yang ditunjukkan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah serta sukarelawan yang terdiri daripada anggota Pertubuhan Sukarela Kebajikan Daerah (PSKD) Bera.

"Barisan sukarelawan ini telah mengambil alih tugas 37 penjaga penghuni rumah kebajikan ini yang terpaksa menjalani proses kuarantin," katanya.


Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!