Identiti mangsa insiden struktur kren terjatuh telah dikenal pasti

Keadaan di lokasi kejadian yang menyebabkan tiga pekerja warga asing maut.
Keadaan di lokasi kejadian yang menyebabkan tiga pekerja warga asing maut.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Jabatan Bomba dan Penyelamat telah mengenal pasti identiti tiga warga China yang maut dalam kejadian komponen kren 'launcher' terjatuh di tapak pembinaan Lebuh Raya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE) di Persiaran Alam Damai di sini, pada Isnin.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur Nordin Pauzi berkata, tiga pekerja tapak pembinaan itu dikenal pasti sebagai Ding Kunfu, Jiang Jinboa dan Mu Tong Zheng.

"Mayat Kunfu dan Jinboa berjaya dikeluarkan pada jam 11.30 pagi tadi dan diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

"Kerja-kerja bagi mengeluarkan mayat Tong Zheng yang terhimpit di antara struktur besi masih dijalankan," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Isnin.

Nordin memaklumkan seorang warga tempatan yang turut parah dalam kejadian itu pula dikenal pasti sebagai Low Zy Jing berusia 33 tahun.

Pada Isnin, Sinar Harian melaporkan lima pekerja warga asing dan seorang pemandu kereta warga tempatan dilaporkan terbabit dalam kejadian komponen kren 'launcher' terjatuh di tapak pembinaan lebuh raya.

Dua pekerja warga asing maut terjatuh dari ketinggian 40 meter, seorang maut kerana tersepit pada struktur besi manakala dua lagi terselamat.

Pemandu kereta itu pula cedera pada leher dan dikejarkan ke Hospital Canselor Tuanku Muhriz.

Artikel Berkaitan:

ARTIKEL BERKAITAN: Dua maut struktur besi kren terjatuh

Projek pembinaan SUKE dihenti sementara

Kren terjatuh: Seorang lagi mangsa maut masih tersepit