X

Kindly register in order to view this article
!

Rabu | 20 Oktober 2021

Amaran cuaca waspada, hujan lebat di Sarawak, Johor

MetMalaysia mengeluarkan amaran cuaca waspada peringkat kuning dengan hujan lebat dijangka berlaku di beberapa kawasan di Sarawak dan Johor bermula Selasa sehingga 25 Mac. - Foto Bernama
A
A

SHAH ALAM - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) pada Isnin mengeluarkan amaran cuaca waspada peringkat kuning dengan hujan lebat dijangka berlaku di beberapa kawasan melibatkan dua buah negeri bermula Selasa sehingga 25 Mac.

Ketua Pengarahnya, Jailan Simon berkata, amaran peringkat kuning itu membabitkan sembilan kawasan di Sarawak iaitu Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Mukah dan Kapit (Song) berkuat kuasa pada Selasa.

Amaran sama turut dikeluarkan bagi kawasan Mersing dan Kota Tinggi, Johor bermula Rabu sehingga Khamis.

"Kejadian hujan lebat ini dijangka berpotensi menyebabkan banjir untuk kawasan berkedudukan rendah di kawasan terbabit," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Dalam kenyataan sama, Jailan turut memberitahu angin kencang timur laut berkelajuan 40-50 kmsj dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter dijangka di kawasan perairan Johor Timur, Pahang, Sarawak Barat dan Sabah Timur.

Katanya, kejadian itu boleh mendatangkan risiko limpahan air laut di pesisir pantai dan muara sungai kawasan terbabit.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!