Enam wanita PATI Indonesia ditahan ketika mendarat

Antara PATI yang ditahan ketika mendarat di sekitar kawasan Sungai Penerok, Pontian pada Ahad.
Antara PATI yang ditahan ketika mendarat di sekitar kawasan Sungai Penerok, Pontian pada Ahad.
A
A
A

PONTIAN - Batalion ke-5 Pasukan Gerakan Am (PGA) menahan dua tekong darat yang cuba menyeludup masuk enam pendatang asing tanpa izin (PATI) di sekitar kawasan Sungai Penerok di sini pada Ahad.

Pegawai Pemerintah Batalion 5 PGA, Superintendan Dimin Awang berkata, enam PATI terdiri daripada wanita warga Indonesia berusia lingkungan 25 hingga 51 tahun ditahan ketika mereka baru mendarat pada jam 4.30 pagi.

"Dua tekong darat tersebut terdiri daripada seorang lelaki tempatan berumur 39 tahun dipercayai turut bertindak sebagai pengurus kepada kesemua PATI. Seorang lagi tekong darat merupakan lelaki warga Indonesia berumur 40 tahun.

"Turut dirampas ialah sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Naza Ria yang dipercayai digunakan untuk mengambil kesemua PATI itu. Anggaran keseluruhan nilai rampasan berjumlah lebih RM66,000," katanya menerusi satu kenyataan pada Isnin.

Menurut Dimin, kesemua tangkapan dan rampasan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pontian untuk tindakan lanjut.

Kes disiasat di bawah Seksyen 26(a) Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007," katanya.

Artikel Berkaitan: